Saturday, August 27, 2011

Bila Tiba Hari Raya...

Assalamualaikum :)
MAHA SUCI ALLAH
yang telah memberikan kepadaku kesempatan untuk beribadah kepadanya.
Tempat untuk bergantung harap,meceritakan segala kedukaanku dan segala isi hatiku ini.



Tak lama lagi nak raya,maksudnya dah nak habis dah bulan Ramadhan kan. Alangkah sedihnya hati. Semoga dapat bertemu dengan Ramadhan yg seterusnya jika ada kesempatan. Malam ni merupakan malam terakhir di BTP. Dengan perasaan yg sungguh pilu,pergilah masjid. Malam ni, Ust Amin dgn Ust Amir yg jadi Imam / Bilal. Sungguhlah merdunya suara Imam-imam tu malam ni. Dengan selawatnya yg masuk tertembus jauh ke dalam lubuk hati yg buat badan jd bergetar. Alunan bacaannya penuh dengan nada sedih. Selawatnya yang menggegarkan satu masjid. Sememangnya satu kombinasi yg mantap dan menyentuh hati para jemaah. Akhir kata,
 SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH DI BULAN PUASA DAN SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
  Maaf Zahir Dan Batin. 
Balik kampung elokelok,kepulangan anda dinantikan. Hihihi xD

Semoga kita semua beroleh kejayaan dunia dan di akhirat . InsyaAllah.
Wallahualam.
May Allah bless you :)

Bulan Ramadhan Bulan Syawal

Assalamualaikum :)
   
       Dengan kehadiran bulan Ramadhan,pastinya akan disusuli dengan bulan Syawal. Dan apabila semakin dekat berakhirnya bulan Ramadhan,maka hampirlah kita kepada bulan Syawal. Harini telah mencatatkan tarikh yg ke28 Ogos. Ini bermakna,hanya beberapa hari sahaja lg yang masih tinggal untuk mangaut keuntungan pahala dan redha Allah dalam bulan Ramadhan ini. Alangkah malangnya bg mana mana manusia yg tidak memperoleh kemanisan iman itu setelah hampir sebulan berpuasa,baik dari pemakanannya mahupun anggota badannya. Bg sesetengah golongan,mereka ini berasa amat gembira kerana bulan Syawal berkunjung tiba tidak lama lg. Akan ttp ada sesetengah golongan yg lain berasakan alangkah cepatnya bulan Ramadhan berlalu begitu sahaja. Mereka ini mengatakan " Kami tidak mampu mengejar Ramadhan itu sendiri Ya Allah . Berilah kami kesempatan masa ,kesihatan tubuh badan untuk kami melalukan ibadat kepadaMu ! ". Oleh itu,golongan ini akan dipandang mulia disisi Allah S.W.T. Dan bg golongan yang gembira bulan Ramadhan akan berlalu,alangkah malangnya bagi mereka kerana mereka telah mengalami kerugian yg amat besar iaitu redha Allah S.W.T.  ( Petikan sebuah buku ****** )

Renung-renungkan. Selamat Beramal Soleh :) 

Saturday, August 6, 2011

K.A.W.A.N


.......................................................................................................................................................................................................

Assalamualaikum :)

 Kawan,

Jangan main api !,
Nanti ,
Membakar diri.

Kawan,
Jangan tersalah pilih !,

Nanti,
Kau akan menyesal.



Kawan,

Berakitlah mu ke hulu,
Berenanglah mu ke tepian,
Bersusah-susah dahulu,
Bersenang-senang kemudian. 




Kawan,ingatlah bahawa kesalahanmu kesalahan ku. Kesilapanmu kesilapan ku. Kesenanganmu kesenangan ku. Kebahgiaanmu kebahgiaan ku. Kesedihanmu kesedihan ku. Kedamaianmu kedamaianku. Kegembiraanmu kegembiraan ku jua. 



 Kawan,dikesempatan ini,ingin aku pohonkan berjuta kali ampun atas kesalahanku selama ini. Andai aku kasar terhadapmu,mengertilah bahawa ia untuk kebaikan mu. Andai aku marah terhadapmu,mengertilah bahawa ia tanda sayangku padamu. Andai aku kecewa terhadapmu,mengertilah bahawa ia merupakan satu ikhtiar bagimu. Maafkan aku. 



Kawan,andai kau telah membuat kesilapan kepadaku. Maka,tiada keperluan untukmu meminta maaf dariku. Sesungguhnya telah lama dikau aku maafkan. Ingatlah,dunia hanyalah suatu persinggahan untuk kita membeli dan mengumpul segala keperluan untuk dibawa dalam satu perjalanan yang amat panjang jaraknya yang tidak akan  tercapai dek akal mu. Dan,ingatlah kami boleh memaafi dirimu. Akan tetapi,tiada berguna semuanya jikalau kau sendiri tidak memaafi dirimu. Ingatlah,segalanya bermula jauh di sudut hati . Akhirnya,sediakan satu tempat yang selayaknya diduduki mu dan belajar menghormati untuk dihormati agar kau punya hidup yang harmoni dan ceria bersama yang lain. Sekian. BayBay:) May Allah bless you xD

.........................................................................................................................................................................................................